Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan ia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemsraan itu abadie
Ya Allah ya Tuhanku yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadie maka jodohkanlah kami,
Tetapi ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan Menolak bayangnya jauh kedada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya
Ya Allah yang tercinta
Pasrahkan lah aku dengan takdirmu,sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambmu ini
Ya Allah cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaan ku Didunia dan akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambamu yang daif ini
Janganlah engkau biarkan aku sendirian Didunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kau kurniakanlah seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraa hidup kejalan yang engkau redhai.
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah
Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan didunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin..amin ya Rabbal Alamin…
nurheart...
Hadiah yang terbaik dan terburuk
Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;
"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."
Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.
Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.
"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"
Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;
"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."
Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.
Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)